Header

Terus kekal menyimpan dalam TH - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR - Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menasihatkan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) supaya tidak panic dan terus kekal menyimpan dengan institusi umat Islam itu.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, umat Islam di Malaysia perlu bertanggungjawab mempertahankan TH sebagai satu tindakan jihad ekonomi.

"Saya harap penyimpan jangan rasa panik dengan apa yang berlaku, wang mereka selamat, dijamin oleh kerajaan.

"Saya harap jangan ada yang berfikir untuk mengeluarkan wang mereka daripada TH, malah yang ada wang berlebihan boleh terus menambah simpanan mereka dalam TH," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

TH pada Jumaat lepas mengumumkan agihan hibah 1.25 peratus yang melibatkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendepositnya bagi tahun kewangan 2018. - Bernama

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.