Header

DAP menang majoriti lebih besar di Sandakan


KOTA KINABALU: DAP menepati ramalan apabila keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil Sandakan menunjukkan calonnya, Vivian Wong menang dengan majoriti lebih besar.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Wong menewaskan 4 pencabarnya dengan 16,012 undi berbanding 4,491 undi yang diraih pencabar terdekatnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Linda Tsen.

Tiga calon bebas, iaitu bekas pengasas Amanah Sabah, Hamzah Abdullah hanya mendapat 788 undi, ahli perniagaan, Chia Siew Yung (178 undi) dan bekas pegawai tadbir pusat khidmat Parlimen Sandakan, Sulaiman Samat (126 undi).

Bapa Vivian, Stephen Wong memenangi kerusi itu pada 2013 dengan majoriti besar 10,098 undi daripada 72% peratusan keluar mengundi.

Bagimanapun, peratusan keluar mengundi selepas semua 19 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi hanya mencecah 54.44%.

PRK Sandakan diadakan susulan kematian Stephen akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Kerusi Parlimen Sandakan mempunyai 39,777 pengundi berdaftar – dengan Cian terdiri daripada 49%, Bumiputera Islam (44%) dan Bumiputera bukan Islam (6%).


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.