Header

Islam dibuli dibawah PH? - Ahli panel kemaruk dan tak kofiden


Akhirnya, rakaman ANALISIS Bersama Finaz bertajuk “Islam Dibuli Di Bawah PH?” yang tertunda penyiarannya akan menemui penonton pada malam ini.

Salah seorang ahli panel bualbicara tersebut Wan Ji Wanhussin seakan-akan tidak sabar dan amat kemaruk untuk memberi muqaddimah awal kepada para penonton melalui status Facebook beliau. (Tolong cari sendirilah ye).

Ini kali pertama saya menyaksikan (membaca) seorang ahli panel sebuah rancangan bualbicara memberi komen awal tentang sebuah rakaman yang BELUM lagi menemui para penonton.

“Spoiler” begini tidak sama seperti yang berlaku kepada filem Marvel “Avengers : Endgame” kerana sesiapa yang membocorkan babak-babak tertentu atau menghebohkan tentang kesudahan filem tersebut hanya mendedahkannya kepada orangramai yang belum lagi menontonnya.

Sedangkan apa yang dibuat oleh Wan Ji Wanhussin adalah percubaan membina satu persepsi awal dan menanam “pre-judgement” secara halus kepada minda orangramai.

Dia hanya membebelkan versi beliau sahaja tentang apa yang telah berlaku, sedangkan Presiden ISMA (seorang lagi panelis bualbicara tersebut) tidak perlu berbuat demikian.

Para pembaca boleh juga menilai “mindset” Wan Ji melalui status-status beliau berkait dengan isu rakaman tersebut.

“Self-explanatory” mengikut pengertian ringkasnya.

Saya tidak pasti, apakah tindakan Wan Ji didorong oleh rasa tidak yakin akan hujah-hujah sendiri dalam bualbicara di atas atau ingin mempersiapkan para penonton sebagai juri awam sebelum siaran tersebut menemui mereka di kaca tv.

Mempengaruhi pandangan umum dengan cara begini sudah lapuk dan usang.

Pastinya, para penonton masakini sudah matang dan tidak akan ter”bius” dengan candu-candu propaganda primitif tentang sesuatu isu atau perkembangan-perkembangan politik kenegaraan yang berlaku di depan mata.

Para penonton sudah boleh menilai sendiri hujah-hujah mana-mana panelis atau pembahas tanpa perlu kepada bantuan awal daripada panelis yang terlibat secara langsung.

Walau apapun kecenderungan ideologi atau politik atau afiliasi yang dipegangi, ara pembaca atau penonton sendiri sudah boleh menilai secara objektif, matang dan saksama terhadap sesuatu hujah yang diutarakan.

Kecualilah anda seorang pengikut tegar yang sangat taksub terhadap “geng sendiri” dengan mengenepikan atau meremehkan hujah atau pegangan orang lain yang tidak sehaluan.

Mereka yang bermula dengan sandaran ilmu dan kebenaran tidak akan terperangkap dengan mainan emosi atau minda yang bercelaru atau aliran pemikiran yang memperbodohkan diri sendiri.

Sama ada pembaca dan penonton bersetuju atau tidak dengan kedua-dua ahli panelis, tontonlah terlebih dahulu siaran rakaman tersebut. Minda sihat dan akal cerdas anda akan membantu anda dalam membuat penilaian dan memahami topik yang sedang dibicarakan.

Untuk TV Al Hijrah pula, siarkan rakaman penuh ya. Jangan potong-potong, cincang atau edit mengikut citarasa pemegang saham, pemilik, menteri atau CEO anda.

Kena respek kepada akal dan kewibawaan para penonton.

Akan tetapi kalau anda tetap melakukannya, ia akan membuktikan bahawa tindakan tersebut adalah percerminan kepada sifat takut akan kebenaran dan hanya retorik kosong serta unsur-unsur hipokrit tentang kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

Diharap tidak begitulah.

FB
Mohd Luttfi


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.