Header

PM tak perlu malukan TMJ, keluarga kata Zaid


Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ialah seorang pemuda yang gemar memberikan pendapat baginda dalam pelbagai isu, kata bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim.

Walaupun beberapa pandangan TMJ mungkin salah atau tidak terkawal, namun kata Zaid ia tidak menjejaskan negara.

"Kenapa perlu untuk memalukan baginda dan keluarganya?" Soalnya pada ciapan di Twitter petang ini.

Zaid turut berkata bahawa ahli politik yang cemerlang dalam 'pertempuran jalanan' dan biasa dengan 'politik longkang' sepatutnya menyasarkan kepakaran mereka terhadap pembangkang.

"Istana tidak berhak menerima layanan yang sama," tambah beliau.

Pada satu ciapan terdahulu, Zaid juga membandingkan situasi terkini dengan skandal 1MDB ketika bekas perdana menteri Najib Abdul Razak mentadbir negara.

'Kata dulang paku serpih'

"Ketika Najib sewenang-wenangnya (mengendalikan) 1MDB, menteri-menteri beliau berdiam diri. PH ketika itu menyindir mereka kerana sikap berdiam diri.

"Sekarang, perdana menteri pula dengan sewenang-wenangnya (mengkritik) Kesultanan Johor, dan menteri-menteri beliau tidak berbeza. 'Kata dulang paku serpih'! Menyedihkan," katanya lagi.

Kenyataan Zaid ini selepas kritikan terbaru Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Tunku Ismail.



Pada wawancara khas semalam, perdana menteri menjelaskan pewaris takhta itu sebagai seorang 'budak bodoh'.

Mahathir ketika ditanya mengenai kenyataan Tunku Ismail bahawa sumbangan ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar seperti memberi tanah kepada rakyat dan kerajaan tidak ditimbulkan.

TMJ membuat kenyataan itu susulan laporan media mengenai sebidang tanah di Bukit Chagar yang dirancang untuk projek Sistem Transit Aliran Johor-Singapura (RTS) yang dikatakan ditukar milik atas nama Sultan Johor.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim bertitah baginda sedia menyerahkan kembali tanah tersebut tanpa kos.

Kemudian, penasihat media dan komunikasi kepada perdana menteri, A Kadir Jasin menggesa Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador supaya "membuka semula kertas siasatan yang dibekukan atau telah ditutup " tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Beliau turut meggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memeriksa sebanyak mana cukai yang dibayar syarikat milik keluarga bangsawan Johor, Mados Sdn Bhd sejak "beratus tahun berniaga."


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.