KJ Ketinggalan Kapal?
Dalam Facebook Najib bertarikh 9 Ogos 2018, dia sudah menjelaskan UMNO tidak perlu mempertahankan atau membela dirinya. Maka apa perlunya KJ memainkan lagi isu tersebut di Bicara Sinar Harian semalam?
Adakah ada bukti UMNO mahu membela Najib? Ternyata KJ seperti tertekan dengan populariti Najib. Semua itu berlaku secara spontan, tidak dipaksa dan tidak berlakon.
Kalau ada ahli UMNO dan anak muda mahu membela Najib itu hak mereka dan bukan dipaksa.
Ia berbeza dengan pendekatan ‘populis’ KJ. Nampak sangat lakonannya. Sebab itu ia tidak bertahan lama seperti memakai stokin merah.
Dalam Facebook itu Najib menyatakan, “UMNO tidak perlu mempertahankan dirinya kerana beliau berupaya mempertahankan diri sendiri dalam melalui cabaran sekarang.
Katanya, segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap dirinya, bukan UMNO. Justeru, adalah tidak adil untuk UMNO menanggung beban.
“UMNO tidak perlu mempertahankan saya terhadap fitnah yang dilemparkan ini. Melalui perbicaraan yang adil, saya yakin dapat mempertahankan diri saya,” katanya.
Begitulah betapa merendah diri dan tabahnya Najib. Dia bersedia menghadapi perbicaraan bukannya menegakkan benang basah seperti dakwaan KJ.
Sebab itu dia kembali disenangi dan popular. Bahkan Najib dianggap sebagai ancaman kepada Mahathir
Itu sebabnya ke mana sahaja Najib pergi banyak sangat halangannya. Dia diganggu dengan berbagai aduan polis oleh pihak PH seperti program santai di Sungai Petani.
Tetapi adakah itu berlaku kepada KJ jika dia berceramah ke mana-mana? Sepatutnya KJ jadi daya penarik sokongan anak muda kepada UMNO. Tetapi itu tidak berlaku.
KJ sepatutnya tidak perlu buat kenyataan ‘unnecessary’ sehingga dia dilihat kehilangan fokus, tiada daya tarikan, tidak konsisten dan mementingkan diri sendiri.
KJ kena belajar semangat berjemaah. Ahli UMNO tidak akan lupa tindakan beliau tidak keluar Dewan ketika pembangkang membantah pelantikan Yang DiPertua Dewan Rakyat pada 15 Julai 2018.
Lima komponen BN termasuk PAS keluar Dewan kerana membantah pelantikan Speaker yang dianggap melanggar peraturan Dewan.
KJ pula melanggar prinsip berjemaah semata mata mencari punca untuk kembali ‘populist’.
Politik ‘populis’ sudah lama tidak relevan di Malaysia. Politik sekarang ialah politik ‘akar umbi’.
Kerjasama UMNO-PAS yang tidak diminati KJ membuahkan hasil kerana ia politik akar umbi.
Sebenarnya KJ yang tidak perlu menegakkan “benang yang basah”.
Mohd Puad Zarkashi
Baca berita selanjutnya di;
https://www.editormalaysia.com/9618/
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Iklan Berbayar :
☀ Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮
Post a Comment