Header

Sultan Johor perkenan serah tanah secara percuma untuk RTS jika projek disegerakan


KUALA LUMPUR, 4 Mei — Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kecewa dengan dakwaan peningkatan kos projek Sistem Transit Rapid (RTS) mempunyai kaitan dengan sebidang tanah milik baginda yang terletak di Bukit Chagar.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah berkata, baginda tidak pernah dimaklumkan bahawa tanah milik baginda terlibat dengan projek RTS itu.

“Sehingga ke hari ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor tidak pernah dimaklumkan mengenai tanah milik Baginda Tuanku yang akan terlibat untuk projek RTS tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan baginda memperkenan menyerahkan tanah tersebut tanpa sebarang kos kepada kerajaan jika ia terbabit dengan projek RTS.



Baginda bagaimanapun meletak syarat bahawa projek RTS mesti diteruskan dengan segera demi kepentingan rakyat Johor.

RTS merupakan projek menghubungkan aliran rel Johor Bahru dengan Singapura bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di sempadan negara.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.