Header

Tengku Maimun dilantik sebagai ketua hakim negara ganti Richard Malanjum


PETALING JAYA: Putrajaya hari ini mengumumkan pelantikan Tengku Maimun Tuan Mat sebagai ketua hakim negara menggantikan Richard Malanjum yang bersara pada 12 April lalu.

Tengku Maimun merupakan wanita pertama dilantik mengetuai badan kehakiman negara.

Pelantikannya mendapat persetujuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja Melayu, berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, kata Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia akan dimaklumkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia selepas mendapat persetujuan Agong.

Malanjum pada 12 April menamatkan perkhidmatannya sebagai ketua hakim negara kerana mencapai usia bersara wajib, iaitu 66 tahun 6 bulan.

Beliau yang akan mencapai usia 67 tahun pada 13 Oktober ini menggalas jawatan berkenaan selama 9 bulan.

Malanjun menjadi hakim besar Sabah dan Sarawak pada 2006 dan merupakan orang pertama dari Malaysia Timur yang dilantik sebagai ketua hakim negara.

Ketika mengetuai badan kehakiman negara, semua kes membabitkan Perlembagaan di Mahkamah Persekutuan didengar panel 9 hakim dan kes berkepentingan awam didengar panel 7 hakim.

Beliau turut memperkenalkan “time sheet” di mahkamah di Semenanjung, iaitu sistem berkomputer bagi menggalakkan pengurusan masa mahkamah lebih berkesan.

Bagi memastikan peguam tidak membuang masa di mahkamah sementara menunggu kes didengar, beliau menempatkan monitor televisyen di lokasi strategik di Istana Kehakiman untuk memaklumkan bila kes mereka akan bermula.

Malanjum turut memperkenalkan pengurusan kes melalui “e-review” supaya peguam tidak perlu hadir di depan pendaftar mahkamah.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.