Header

Azwan Ali tidak terkejut penularan video seks, gesa menteri bersihkan nama


KUALA LUMPUR, 12 Jun — Selebriti Azwan Ali tidak terkejut dengan penularan video homoseksual mirip seorang menteri.

Azwan, 53, berkata menteri terbabit wajar membersihkan namanya jika video tersebut merupakan satu fitnah, lapor mStar Online.

“Saya tidak terkejut langsung dapat video-video itu.

“Sama ada positif atau negatif, terpulang kepada rakyat untuk menginterpretasi dakwaan tersebut.

“Beliau kena kuat. Saya berharap beliau tabah dapat menghadapi dakwaan ini dan membersihkan namanya sekiranya ia adalah fitnah.

“Bagi saya ia merupakan ujian terbesar buat beliau dengan kedudukannya sekarang sebagai menteri dan ahli politik. Mungkin ada pihak cuba untuk jatuhkan dia,” katanya.

Seorang pemuda hari ini mengaku terlibat dalam skandal video homoseks didakwa membabitkan seorang menteri.

Haziq Aziz membuat pengakuan itu menerusi video 33 saat di Facebook awal pagi tadi sambil menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat menteri terbabit.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.