Header

PKR Wajib Bertindak Ke Atas Haziq Aziz Jika Ia Benar-Benar Tegas Dan Konsisten


Dalam kenyataan segera beliau, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, telah menyatakan PKR “tegas dan konsisten menolak sebarang bentuk permainan politik kotor”, “menggesa agar penyebaran video yang sedang ditularkan dan diperkatakan oleh umum dihentikan serta-merta”, “(berpandangan) gaya dan cara berpolitik seperti ini tidak membawa sebarang keuntungan kepada masyarakat dan negara” dan “akan terus fokus membantu kerajaan Persekutuan merangka dasar-dasar dan program untuk rakyat”.

Malangnya, tiada sepatah pun disebut mengenai pengakuan bersumpah Ahli PKR yang juga Ketua AMK Santubong dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Aziz, bahawa beliaulah “individu bersama Azmin Ali dalam video yang telah viral semalam” sedangkan pengakuan bersumpah ini membawa implikasi yang amat besar kepada pihak yang mendakwa yang boleh dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii mahupun kepada pihak pendakwa sendiri.

Kalau PKR benar-benar tegas dan konsisten menolak sebarang bentuk permainan politik kotor, maka PKR wajib mengambil tindakan kepada Haziq Aziz di dalam bentuk:
(1) Mengarahkan Haziq Aziz dipecat daripada jawatan beliau sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama.
(2) Menghadapkan Haziq Aziz kepada Lembaga Disiplin PKR di atas perlakuan beliau yang menjejaskan nama baik parti dan pemimpin parti.

Lebih jauh lagi, pemimpin PKR yang dilihat mempunyai pertalian dengan beliau, khususnya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku boss Haziq Aziz di dalam kerajaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihebahkan menonton wayang gambar bersama-sama Haziq Aziz enam hari sebelum perlakuan dalam video itu berlaku dan Akmal Nasrullah Mohd Nasir selaku boss Haziq Aziz di dalam parti (AMK Malaysia), wajib mengutuk tindakan Haziq Aziz ini.

Dengan itu barulah PKR akan dilihat lebih tegas dan konsisten dalam perkara ini.

DR. KAMARUL YUSOFF

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.