Header

Hamidah bekas Naib Presiden Bersatu saksi Kit Siang cadangkan Mahathir tubuh Bersatu


IPOH 15 Julai - Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamidah Osman mendedahkan beliau merupakan pemberi maklumat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan Bersatu.

Hamidah mendakwa, beliau turut hadir dalam satu mesyuarat dipanggil oleh Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana ketika itu yang turut dihadiri beberapa pemimpin lain selepas gerakan Deklarasi Rakyat dilihat gagal membuahkan sebarang impak.

“Saya hadir dan Kit Siang juga ada. Dalam perbincangan kami, di depan saya, Kit Siang sendiri mencadangkan kepada Dr. Mahathir agar menubuhkan sebuah parti Melayu macam UMNO bagi mendapatkan 10 peratus daripada undi UMNO, yang mana jika itu berjaya dilakukan, Pakatan Harapan akan dapat menubuhkan sebuah kerajaan.

“Jadi, kalau hendak tanya siapa yang memaklumkan pada Najib, saya dengan ini memberi pengakuan bahawa sayalah orang yang hadir ketika perkara itu dibincangkan antara Dr. Mahathir dan Kit Siang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamidah berkata demikian sebagai membalas kenyataan Kit Siang semalam yang membidas Najib berhubung perkara tersebut apabila mendakwa bekas Perdana Menteri itu adalah seorang penipu, malahan beliau tidak dapat mengemukakan bukti atas dakwaannya.

Najib ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pendang baru-baru ini mendedahkan, asal usul penubuhan Bersatu adalah hasil cadangan daripada Kit Siang.

Dalam pada itu, Hamidah berkata, beliau sama sekali tidak akan terkejut sekiranya pengakuan yang dibuatnya hari ini akan turut dinafikan oleh Kit Siang kerana tiada apa yang mustahil, malahan sikap berbohong bukannya ada apa-apa bagi pemimpin veteran DAP itu.

“Kit Siang memberi kenyataan bahawa dia tidak pernah menuduh Dr. Mahathir sebagai seorang yang korup sedangkan kita tahu sebelum tertubuhnya Pakatan Harapan, Dr. Mahathirlah dikatakan sebagai bapa korupsi.

“Kalau rakyat yang mengundi mereka, mereka boleh tipu dengan tidak menunaikan manifesto-manifestonya, dalam hal ini, jika dia menafikan apa yang saya kata, maka, saya tidak terkejut,” katanya.

Tambah Hamidah, beliau terpanggil untuk bertanggungjawab menerangkan situasi sebenar pada hari ini apabila Kit Siang tampil menafikan dakwaan tersebut.

“Ini merupakan satu perbuatan tidak baik sebagai pemimpin, dengan sewenang-wenangnya buat, selepas itu menafikan, tarik balik dan minta maaf.

“Ini bukan satu budaya yang kita mahu dalam negara ini. Macam saya pada hari ini, saya mengaku dan bertanggungjawab dengan pengakuan saya sebab orang kata, berani buat berani tanggung,” katanya. -UTUSAN ONLINE



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

1 comment:

  1. Halo,

    Adakah anda ingin Refinance perniagaan anda? Adakah anda memerlukan pinjaman tulen Online untuk mengamankan Bil anda? Memulakan perniagaan baru? Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi? atau Pinjaman Perniagaan, Memohon pinjaman yang cepat dan mudah untuk memulakan pembiayaan baru projek anda pada kadar faedah paling murah sebanyak 4%. Hubungi kami melalui e-mel: Howardfinancialaid@yahoo.com

    PERKHIDMATAN KAMI

    * Pinjaman Rumah
    * Pinjaman Auto
    * Pinjaman Gadai Janji
    * Pinjaman Perniagaan
    * Kenderaan Kewangan
    * Pinjaman Peribadi

    Adakah anda memerlukan modal yang besar untuk memulakan cadangan atau pengembangan perniagaan anda? Adakah bank atau broker enggan Permohonan Pinjaman kerana Skor Kredit Rendah atau Kekurangan Jaminan Cagaran? Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami untuk kemungkinan kerjasama perniagaan. Kami menawarkan perkhidmatan pinjaman terjamin bagi jumlah warganegara dan bukan warganegara.

    Hubungi kami hari ini melalui e-mel: Howardfinancialaid@yahoo.com

    ReplyDelete

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.