Header

Presiden PSB letak jawatan dari kabinet Sarawak


KUCHING – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak merangkap Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh mengesahkan beliau akan meletak jawatan dari kabinet Sarawak.

Wong, yang juga Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), berkata beliau akan menetapkan tarikh seawal mungkin untuk bertemu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menyerahkan surat perletakan jawatannya.

“Saya percaya apa yang saya lakukan adalah betul dan itulah sebabnya saya merayu kepada semua pemimpin dan anggota PSB supaya bertenang.

“Perletakan jawatan saya dari kabinet negeri adalah pasti kerana saya telah mendapat keizinan daripada Persidangan Perwakilan Tahunan parti saya,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di Wisma Masja di sini hari ini.

Sabtu lepas, para perwakilan yang menghadiri ADC 2019 parti di Sibu telah meluluskan resolusi yang menyatakan mereka akan menyokong keputusan Wong berhubung perkara itu.

Wong berkata oleh kerana kepimpinan negeri telah meminggirkan partinya PSB, beliau berpendapat bahawa beliau tidak lagi mempunyai locus standi moral untuk mewakili parti di Kabinet Negeri.

Perletakan jawatan Timbalan Presiden PSB merangkap Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil dari parti Khamis lepas juga membayangkan bahawa keretakan mula muncul dalam parti itu.

Mengenai hubungannya dengan Ketua Menteri, Wong berkata beliau bekerjasama dengan Abang Johari sejak 1987 apabila beliau bertanding buat kali pertama di Bawan Assan dan Abang Johari berkempen menyokongnya di kawasan Bumiputera.

“Jadi, hubungan antara kami masih erat dan walaupun sekarang kami mempunyai perbezaan politik, kami masih menjadi sahabat. Saya masih bersahabat dengan Datuk Seri Dr James Masing (Presiden Parti Rakyat Sarawak) dan menambah bagaimanapun, PSB akan bertanding di semua kerusi PRS pada pilihan raya negeri akan datang.

Walaupun menganggotai kabinet negeri, parti pimpinan Wong bukan komponen Gabungan Parti Sarawak Sarawak (GPS) yang memegang teraju pemerintahan di Sarawak. – BERNAMA


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

1 comment:

  1. Halo,

    Adakah anda ingin Refinance perniagaan anda? Adakah anda memerlukan pinjaman tulen Online untuk mengamankan Bil anda? Memulakan perniagaan baru? Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi? atau Pinjaman Perniagaan, Memohon pinjaman yang cepat dan mudah untuk memulakan pembiayaan baru projek anda pada kadar faedah paling murah sebanyak 4%. Hubungi kami melalui e-mel: Howardfinancialaid@yahoo.com

    PERKHIDMATAN KAMI

    * Pinjaman Rumah
    * Pinjaman Auto
    * Pinjaman Gadai Janji
    * Pinjaman Perniagaan
    * Kenderaan Kewangan
    * Pinjaman Peribadi

    Adakah anda memerlukan modal yang besar untuk memulakan cadangan atau pengembangan perniagaan anda? Adakah bank atau broker enggan Permohonan Pinjaman kerana Skor Kredit Rendah atau Kekurangan Jaminan Cagaran? Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami untuk kemungkinan kerjasama perniagaan. Kami menawarkan perkhidmatan pinjaman terjamin bagi jumlah warganegara dan bukan warganegara.

    Hubungi kami hari ini melalui e-mel: Howardfinancialaid@yahoo.com

    ReplyDelete

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.