Header

Kemaskini Windows 10 October Update Memperlihatkan Ciri-Ciri Baru Pada Game Bar Dan Game Mode


Dengan kemaskini Windows 10 October Update versi 1809, Intel telah memperkenalkan pelbagai ciri-ciri baru, dan diantaranya ialah kemaskini aplikasi Game Bar dan juga Game Mode.

Sebelum ini, Game Bar ialah sebuah aplikasi yang memudahkan anda mengakses ciri-ciri gaming yang sering digunakan, seperti butang menstrim, mengambil gambar paparan, mengakses mikrofon dan sebagainya tanpa perlu keluar daripada permainan komputer.



Sistem operasi Windows 10 versi 1809 memperlihatkan beberapa kemaskini pada aplikasi Game Bar tersebut, termasuklah rekaan antaramuka pengguna yang lebih kemas dan juga kebolehan untuk mengawal tahap audio secara terus untuk semua perisian yang sedang dibuka.

Dalam pada itu, Game Mode turut hadir dengan satu ciri baru, iaitu ciri memadamkan notifikasi emel dan sebagainya apabila anda sedang bermain permainan komputer.

Jika anda sudahpun mengemaskini sistem operasi Windows 10 anda kepada versi baru ini, apakah diantara ciri-ciri baru yang anda suka ataupun tidak suka gunakan?

AMANZ



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.