Header

Penulis buku skandal 1MDB dedah kek tinggi penuh muka Rosmah


PETALING JAYA, 4 Okt ― Seorang penulis Billion Dollar Whale mendedahkan gambar kek hari lahir bertingkat yang dihadiahkan buat Datin Seri Rosmah Mansor yang dipenuhi wajahnya.

Tom Wright, membongkar skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama Bradley Hope, berkata foto itu dirakam pada Disember 2017 di sebuah bandar di Turki.

“Sekarang Rosmah telah ditangkap, saya hanya mahu memuatkan semula [foto] kek hari hadi ini, yang dihantar ke mejanya di Istanbul tidak lama dulu,” coretnya di Twitter.
“Beliau menafikan sebarang salah laku.” 

Rosmah semalam ditahan di Putrajaya ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dituduh mengubah wang haram RM7 juta hari ini.

Wright juga memuatkan berita mereka berdua di akhbar Wall Street Journal pada Jun lalu berjudul “Malaysia’s extravagant ex-first lady lands in graft investigators’ sights”.




NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.