Header

‘Gambar tu masa pergi Thailand’


KUALA TERENGGANU: “Saya rasa gambar itu masa pergi Thailand, kalau tak silap saya,” ujar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menyatakan demikian kepada media apabila ditanya berhubung gambar beliau dengan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Dato’ Dr Rameli Musa yang dikaitkan dengan isu RM1.4 juta.

"Saya pergi ke Thailand, berjumpa dengan Surin Pitsuwan, bekas Menteri Luar Thailand, kerana membincangkan masalah penindasan orang Islam di Myanmar

“Ini kerana, penganut (agama) Myanmar ini Budha, Thailand juga Budha. Kita tidak mahu Budha di Thailand itu membantu untuk menindas orang Islam di Myanmar.

“Alhamdulillah, kaum Buddhist di Thailand tidak terikut dengan apa yang beraku Myanmar. Gambar itu diambil dua tahun lalu dan Menteri berkenaan (Surin) telah meninggal dunia tahun 2017 lalu. Jadi tak timbul isu cek RM1.4 juta itu,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan Tazkirah Bulanan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. - HARAKAHDAILY 7/3/2019

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.