Header

Hadi dakwa diminta batalkan saman terhadap Sarawak Report


KUALA LUMPUR, 7 Mac — Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa beliau diarahkan oleh pihak yang tidak dinamakan untuk mengabaikan saman fitnah terhadap Sarawak Report (SR).

Presiden PAS berkata beliau diminta oleh pihak yang tidak dikenalinya sebelum pilihan raya umum untuk menarik balik saman terhadap pengarang SR Clare Rewcastle-Brown.

Katanya, saranan itu pada mulanya tidak diendahkan namun berubah fikiran selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

“Bila kita tahu kita menang di Kelantan dan Terengganu, menang banyak di Kedah dan tambah kerusi di Pahang, itu kejayaan bagi kami.

“Mengambil kira saman merupakan kes politik dan kerana kami menang [pilihan raya], jadi kami menarik balik kes itu,” katanya.

Hadi berkata bayaran RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown bukan daripadanya atau PAS yang dikatakan untuk menarik balik saman itu.

Katanya, PAS sebuah parti miskin yang bergantung kepada sumbangan.

“Ada yang beri kita pinjam masa pilihan raya untuk bayar deposit,” katanya.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.