Header

Hadi: Tuduh PAS ‘Taliban’, ‘belakang kamu ada komunis’


KUALA LUMPUR, 25 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulang ‘paku buah keras’ terhadap pihak yang menuduh bahawa parti itu sebagai “Taliban”.

Wakil rakyat Marang membidas, tanpa merujuk mana-mana pihak, dengan menyatakan ‘di belakang kamu ada Komunis’ melalui serangkap pantun di Facebooknya.

“Datang bersuluh di Bandar Seremban, Naik Perahu ke Pulau Manis, Kamu tuduh kami Taliban, Di belakang kamu ada Komunis.”

“Tegakkan Islam, Melayu dan semua kaum selamat!” coret beliau malam tadi.

Timbalan speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming sebelum ini dilapor sebagai berkata Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban jika Umno dan PAS bekerjasama membentuk kerajaan.

Didesak memohon maaf dan menarik balik kenyataan selepas ditegur beberapa pihak, namun timbalan setiausaha agung DAP itu enggan berbuat demikian.

Utusan Online melaporkan Datuk Seri Mohamad Hasan berharap orang bukan Islam tidak menaruh syak wasangka dengan agenda penyatuan bangsa Melayu oleh Umno dan PAS.

“Saya harap pihak yang tidak faham cuba mengerti bahawa ini sebenarnya adalah penyatuan ummah. Jangan ada rasa syak wasangka,” kata timbalan presiden Umno di Seremban

“Ini bukan ‘pengisytiharan perang’. Kita bukan hendak berperang dengan sesiapa pun,” katanya selepas Majlis Makan Malam Bersama Presiden PAS, malam tadi.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.