Header

Laporan: Isu ‘penggal akhir’ Nurul Izzah, ‘peluru’ buat BN di Rantau


KUALA LUMPUR, 25 Mac — Isu ‘penggal terakhir’ bagi Nurul Izzah Anwar sebagai wakil rakyat boleh menjadi ‘peluru’ kepada Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata penganalisis politik.

Prof Awang Azman Awang Pawi berkata BN boleh memperbesarkan isu itu ketika berkempen bagi mencetuskan persepsi “ada sesuatu yang tidak kena” dalam Pakatan Harapan (PH), lapor Sinar Harian.

“Kalau isu ini diperbesar-besarkan oleh BN dalam kempen pilihan raya kecil ini hingga menggugat keyakinan pengundi terhadap PKR dan PH, maka ini akan menjejaskan peluang PKR untuk menang pilihan raya kecil,” katanya pensyarah Universiti Malaya.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu minggu lalu memberi bayangan tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana kecewa dengan “langkah perlahan” pentadbiran PH.

Diwawancara Straits Times Singapura, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH terlalu taksub dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kurang memberi tumpuan kepada rakyat.

Nurul Izzah juga dilapor melepaskan jawatan anggota dalam ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Pada Disember tahun lalu, beliau melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.