Header

PAS Johor gesa kerajaan negeri isytihar darurat di Pasir Gudang


KUALA LUMPUR, 14 Mac — PAS Johor menggesa kerajaan Johor supaya mengisytihar darurat di seluruh Pasir Gudang bagi menangani kes pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim.

Menganggap kerajaan negeri tidak memberi perhatian sewajarnya, pesuruhjayanya berkata beratus-ratus penduduk terpaksa dirawat di hospital termasuk pelajar akibat sisa kimia tersebut.

“[...] PAS Johor mendapati keadaan sebenarnya semakin membimbangkan kerana masih lagi ada penduduk terpaksa dikejarkan ke pusat rawatan,” kata Abdullah Husin dalam kenyataan.

Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian memaklumkan situasi terkawal dan tiadak keperluan untuk memindahkan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai, lokasi tercemar.

Sehingga semalam, seramai 506 mangsa mendapatkan rawatan termasuk sembilan orang dirawat di unit rawatan rapi manakala semua 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup mulai hari ini.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.