Header

Selepas MIC, PAS tunggu kerjasama MCA


MARANG, 30 Mac — PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan MCA pula selepas parti Islam itu membentuk hubungan dengan MIC, kata presidennya.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS berpengalaman bergabung dengan parti luar termasuk DAP, malah hukum Islam juga membenarkan penglibatan bersama bukan Muslim dalam soal pentadbiran, lapor Utusan Online.

“Kita tunggu (kerjasama dengan MCA), PAS mempunyai pengalaman yang banyak dan panjang bukan saja pernah dengan MIC tetapi Umno, DAP, PKR dan Parti Negara,” katanya.

“Dalam hukum Islam kita boleh melibatkan bukan Islam dalam pentadbiran negara, saya pernah sebut tentang kerajaan teknokrat yang tak berkait hukum agama, tetapi memfokuskan isu seperti jalan raya, elektrik dan sebagainya.”

PAS dan MIC kelmarin mengumumkan kerjasama bagi mengukuhkan blok pembangkang, termasuk persediaan menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Rantau.

Susulan ikatan tersebut, Hadi dilaporkan mendakwa “PAS amat menyanjungi MIC sejak dulu lagi”.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.