Header

Wakil DAP dakwa ramai mahu Kiandee undur daripada PAC


Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mendakwa kebanyakan penyokong kerajaan bersetuju bahawa pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Ronald Kiandee diganti dengan ahli parlimen dari pembangkang.

"Adalah jelas bahawa kebanyakan penyokong kerajaan mahu pengerusi PAC digantikan dengan anggota parlimen dari pembangkang.

"Dengan hormat, Beluran (Kiandee) adalah sahabat lama, tetapi ini adalah mengenai prinsip," kata Lim di Dewan Rakyat hari ini sebelum perbahasan mengenai titah diraja.

Beliau memetik Peraturan Mesyuarat 77 yang berkaitan dengan fungsi PAC.

Lim berkata alasan untuk menggantikan Kiandee adalah mudah kerana manifesto pilihan raya Pakatan Harapan menyebut pengerusi PAC hendaklah dipilih daripada anggota pembangkang.

"Kita mesti tunaikannya (janji manifesto),” kata Lim.

Ronald Kiandee

Beliau kemudian meminta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon untuk membuat keputusan mengenai isu berkenaan.

Mohd Rashid sekadar berkata beliau mengambil maklum dan perkara itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa pemilihan.

Malaysiakini telah menghubungi Pengerusi Majlis Ahli-ahli Backbencher (BBC) Johari Abdul berhubung dakwaan Lim dan sedang menunggu jawapannya.

Ketua Pembangkang Ismail Sabri hari ini mengumumkan bahawa wakil PAC dari Umno dan PAS meletak jawatan daripada menganggotai jawatankuasa itu sehingga kerajaan bersetuju untuk menggantikan Kiandee sebagai pengerusinya.Baca lanjut: Ahli PAC dari BN, PAS akan letak jawatan jika Kiandee kekal pengerusi

Kiandee adalah ahli parlimen pembangkang yang pertama dilantik sebagai pengerusi PAC pada Ogos tahun lalu, semasa beliau masih seorang ahli parlimen Umno.

Walau bagaimanapun, beliau kemudian bertindak meninggalkan parti berkenaan dan akhirnya menyertai Bersatu pada 15 Mac.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kemudian berkata beliau tidak bercadang untuk menyerahkan jawatan pengerusi PAC kepada pembangkang walaupun pengerusi sekarang, Ronald Kiandee telah menyertai parti Bersatu.

Mahathir berkata janji Pakatan Harapan supaya PAC yang diketuai oleh pembangkang adalah "hanya dasar dan bukan sebahagian daripada perlembagaan."



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.