Header

BN menang di Rantau, Pakatan perlu tukar keutamaan


KOMENTAR, 14 April — Pakatan Harapan (PH) perlu mula menumpukan keutamaan tentang kebajikan rakyat dan memenuhi janji pilihan raya sebelum rasa tidak puas hati rakyat semakin parah.

Kemenangan Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai amaran kepada kerajaan yang memerintah agar menukar cara dengan lebih mendasar kepada realiti rakyat khususnya Melayu.


Ini kerana mereka amat terasa dengan isu kos hidup sara hidup dan juga kemampuan serta integriti semua pemimpin dan anggota kabinet.

Justeru keputusan pilihan raya kecil itu memberi amaran kepada kerajaan baru agar berhenti menyalahkan kerajaan lalu kerana gagal memenuhi janji pilihan raya.

Sebaliknya kerajaan PH perlu fokus usaha mengelakkan kenaikan kos sara hidup yang semakin bertambah dan menjelaskan isu-isu ekonomi kepada rakyat.

Calon BN Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjaya memberi mesej kepada PH bahawa mentadbir negara adalah perkara serius dan kegagalan menunaikannya mencerminkan keupayaan kerajaan sekarang.

Kejayaan yang ditempa beliau bukan sahaja bergantung kepada prestasi sebagai menteri besar, malah integriti dan kebolehan beliau membawa kemajuan dan pengagihan ekonomi kepada rakyat.

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.