Header

Fobia tak dapat sekat Islam


BEBERAPA hari sebelum dua masjid di New Zealand dibedil waktu solat Jumaat, kami sekeluarga bercakap tentang orang Islam di sana beli gereja dijadikan masjid.

Perkembangan itu meluas di England puluh tahun lalu. Ketika saya bermukim tiga bulan di Bermingham empat tahun lalu setiap waktu saya solat di masjid yang asalya gereja terletak seberang jalan rumah sewa anak saya.

Bimbang semua gereja terbiar dibeli dijadikan masjid kini ada aktat idak boleh gereja dijual untuk jadi masjid. Boleh dijual untuk jadi restoran, pasar atau sekolah.

New Zealand adalah wilayah aman menarik minat muhajirin menetap di sana.

Makai ia ditimpa ujian. Anasir anti dan fobia Islam yagn ada di mana-mana cuba sekat Islam berkembang di wilayah dunia demokrasi, melakukan kerja gila membedil dua masjid tadi waktu umat Islam berkumpul solat Jumaat.

Ia gara-gara fobia pendatang Australia yang pergi ke situ hanya sakit hati dengan Islam. Itulah penyakit di kalangan jahiliah Mekah semasa Rasulullah SAW memperkenalkan Islam mula-mula dulu. Bilal bin Rabah, abdi yang menerima Islam disiksa tuannya. Syukur Saidina Abu Bakar hartawan Mekah menebusnya dari tuannya dan dia dibebas sebagai salah seorang assabiqun yang mula menerima Islam.

Fobia Islam jahiliah itu tidak dapat menyekat Islam menggantikan kuasa jahiliah di Semenanjung Arab.

Ketika Amerika mulai mengambil tempat tamadun tua Eropah, banyak seruan fobia Islam digalakkan di sana sini di dunia. Tetapi semua hanya pahit diterima Islam itu tidak menyekat Islam terus mendapat perhatian dalam dunia demokrasi.

Angkara siapa tragedi Pusat Dagangan Dunia New York dilanggar pesawat 11 September tidak pasti tetapi Islam telah disalahkan di dunia mendenda Islam. Gara-garanya ramai pula menerima Islam. Islam dikecam gara-gara Ayatullah Khomeini menawarkan hadiah jutaan paun bagi siapa menangkap dan membunuh Salman Rusdie yang mencerca al-Quran.

Dunia pelik mengapa Islam begitu keras terhadap penghina Islam dan Nabinya, hingga Khomeini membuat tawaran bunuh begitu besar. Gara-garanya ramai menerima Islam.

Antara masyarakat New Zealand yang berang dengan tembak/bunuh rambang di dua masjid itu pelampau kulit putih fobia Islam itu. Mana-mana orang putih benci Islam dibenci balas oleh masyarakat kulit putih dan penganut demokrasi di semua negara diperintah orang kulit putih.

Bahkan ada yang menggesa kerajaan New Zealand menganugerah status kerakyatan/penduduk tetap kepada pendatang Islam kepada mangsa dan keluarga tragedi di dua masjid itu. Sebagai tanda fobia itu ditentang dan dikutuk oleh semua, segera permudahkan permohonan menetap di New Zealand.

Terbuka nampaknya ada berita baik kepada umat Islam menjadi penduduk tetap dan seterusnya jadi rakyat.

Sekalipun Islam itu cuba dimangsa di sana sini seperti di Bosnia dulu dan di Myanmar/Rohingya kini, tetapi setiap penindasan dan kebencian yang menimpa itu mendapat pembelaan setimpal juga. Umat Islam di Bosnia sudah dalam kemerdekaan sebenarnya. Akan ada cara Allah membela umat Islam Rohingya dan lain-lain yang kita tidak dapat fikir.

Keluarga mangsa New Zealand itu, termasuk beberapa orang dari Malaysia mendapat perhatian dunia, Percayalah Islam tidak mati gara-gara serangan si fobia itu, kerana dari sejarah awalnya Islam itu menerima penindasan dan siksaan.

Atas siksaan itu Islam menggantikan masyarakat jahiliah di benua Arab. Maka dalam kebangkitan Islam di mana-mana gerakan fobia dan anti-Islam tidak mampu menyekat Islam berkembang. Kjeadian di New Zealand menjadi pembuka mata yang terbaru.

SUBKY LATIF



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.