Kehadiran Najib ke Kelantan sekadar uji sokongan UMNO-Pas
KOTA BHARU - Kedatangan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan selama dua hari, sekadar mahu menguji sokongan hubungan antara Pas dan UMNO.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar bagaimanapun berkata, cara yang digunakan Najib dengan membawa gelaran Bossku tidak akan menjejaskan politik negeri ini.
Selain itu, katanya, Ahli Parlimen Pekan itu juga seperti ingin melihat sejauh mana sokongan terhadap beliau sendiri yang ketika ini berdepan dengan pelbagai pertuduhan masih belum selesai di mahkamah.
“Beliau datang untuk 'test market' selepas UMNO dan Pas seakan-akan duduk serumah. Kesan jangka pendek mungkin ada kerana pengaruh Bossku, (tetapi) kemungkinan besar tidak memberi apa-apa kesan pun untuk politik di Kelantan.
“Ini kerana rakyat Kelantan sudah cerdik, mereka mahukan pembangunan dan perubahan yang sepatutnya dilakukan lama dahulu lagi, bukannya sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Post a Comment