Peranan teknokrat untuk memulihkan Tabung Haji
TABUNG Haji merupakan institusi ekonomi terpenting kepada umat Islam yang perlu diurus secara telus, cekap dan profesional.
Peranan yang terpikul di bahu Tabung Haji amatlah besar dalam menjaga kebajikan jemaah haji bagi melaksanakan rukun Islam kelima dengan sempurna, di samping berperanan sebagai wadah penyimpanan dan pelaburan yang dapat meningkatkan kedudukan ekonomi umat Islam keseluruhannya.
Berikutan pelbagai isu dibangkitkan
mengenai Tabung Haji mutakhir ini, PAS mengulangi saranan agar satu
penilaian bebas dan menyeluruh dibuat melalui Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) atau Jawatankuasa PAC Parlimen bagi meneliti setiap laporan
dan syor yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara, SPRM, PDRM dan
juga Bank Negara Malaysia, demi memperkasakan kedudukan kewangan dan
meningkatkan kecekapan operasi di pihak Tabung Haji.
Keyakinan terhadap Tabung Haji perlu
dipulihkan dengan segera melalui sokongan dan dukungan semua pihak
terhadap peranan teknokrat yang telah dilantik dalam kalangan Ahli
Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi untuk melaksanakan tugas
secara profesional, tanpa campur tangan politik yang berlebihan dalam
membuat sebarang keputusan.
Penumpuan perlu diberikan untuk
melaksanakan segala langkah pemulihan yang telah digariskan bagi
meningkatkan integriti dan mengembalikan keyakinan terhadap Tabung Haji,
seterusnya mengangkat kedudukan Tabung Haji dan ekonomi umat Islam ke
tahap yang lebih baik pada masa hadapan.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Bertarikh: 3 Syaaban 1440 / 9 April 2019
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Iklan Berbayar :
☀ Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮
Post a Comment