Header

Hadi belum terima maklumat kes anggota Unit Amal PAS ditangkap


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata beliau masih belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang anggota unit amal parti itu yang ditahan polis atas dakwaan membakar kenderaan milik Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Hadi berkata beliau bagaimanapun akan menyerahkan isu berkenaan kepada pihak polis untuk disiasat dan dalam masa yang sama meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh mengganggu siasatan.

"Saya tidak ada maklumat lagi mengenai isu itu.

“Mungkin selepas ini saya akan membacanya," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Badar Kubro di Masjid Madrasah Nasrullah dekat Pohon Buloh di Pasir Mas, Rabu malam.

Mohd Asri semalam memohon maaf susulan paparan dua gambar anggota jabatan amal PAS - bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang - yang mengiringi hantaran mengenai kes bakar keretanya pada 22 Mac lalu.

Hantaran itu kemudian dipadamkan.

- Bernama


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.