Header

Kerajaan setuju tawar biasiswa kepada pelajar Palestin, kata PM


PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestin yang ingin menyambung pelajaran ke menara gading sama ada ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau ijazah kedoktoran.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata biasiswa itu akan diuruskan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), dan ditawarkan untuk 12 universiti dalam negara.

“Kepada semua pelajar Palestin yang terpilih, tahniah dan semoga anda dapat pelajaran terbaik,” katanya di majlis penyerahan biasiswa kepada pelajar Palestin malam tadi.

Mahathir juga mengumumkan Kementerian Pendidkan dimaklumkan sebanyak RM11.4 juta dana berjaya dikumpulan untuk biaya siswa Palestin itu.

Perdana menteri sekali lagi menegaskan komitmen Malaysia membela nasib Palestin dan mempertahankan haknya.

“Kita tidak akan berdiam diri selagi kita melihat kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh rejim Israel,” katanya.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.