Header

Saya sudah hilang kepercayaan kepada Tun Mahathir


Tun mahathir sudah tidak praktikal dan saya sudah hilang kepercayaan kepadanya. Sudah sampai masanya beliau mengumumkan pelan peralihan kuasa. Mana mungkin seorang PM terpilih dari parti yg mempunyai paling sedikit kerusi dalam kalangan parti dalam gabungan pakatan harapan.

Sebenarnya apa yg beliau hendakkan lagi, adakah beliau masih belum jumpa kepuasan dan klimaksnya menjadi seorang ahli politikus?

Kadangkala tindakan menyusahkan pimpinan dalam pakatan untuk menjawabnya. Contoh terbaru apakah alasannya beliau meminta parti-parti melayu untuk berpayung di bawah bersatu?

 Adakah melayu begitu lemah sehinggakan kena berpaut dalam bersatu. Ataupun bersatu sudah kehilangan pengaruhnya dalan kalangan orang melayu sehingga terpaksa mengajak parti melayu yg lain untuk bergabung didalamnya? 

Sebenarnya pada pendapat saya, tun mahathir masih berdarah umno dan beliau masih bermimpi untuk menjadi PM seperti beliau didalam umno dahulu, dimana beliau begitu berkuasa dan beliau dapat berbuat sesuka hatinya tanpa ada halangan oleh sesiapa.

 Bagi saya, apa-apa tindakan tun mahathir dalam kerajaan kini bukanlah kehendaknya, tetapi beliau terpaksa mengikut parti dalam pakatan harapan dan hanya sedikit sahaja tindakannya yg atas kuasa yg ada seorang perdana menteri.

 Berkenaan dengan parti bersatu pula, bolehlah dianggap sebagai parti mahathir, andainya beliau bukan lagi sebagai perdana menteri kelak, maka bersatu akan terbubar secara sendirinya. 

Sampai hari ini, saya tidak nampak seorang pun pemimpin dalam bersatu yg berdiri atas kaki sendiri kecuali dengan kehendak mahathir semata-mata. 

Akhir kata, cukuplah tun. Apa lagi yg tun mahukan dalam hidup ini? 


Tak cukup lagi kah tun berkuasa sebagai seorang perdana menteri, sampai bila tun nak menjadi orang yg paling berkuasa? Atau tun masih belum jumpa lagi klimaks sebagai seorang PM. 

Kami sudah bosan dan kasihan dengan tun. Sepatutnya diusia seperti eloklah berehat dan menjadi seorang negarawan yg ulung yg berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan. Sekian

SHAH ISKANDAR




DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.