Header

Jho Low tangani media sendiri selepas 1MDB jadi tajuk berita, kata saksi


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho menangani sendiri laporan negatif apabila media tempatan dan asing mendedahkan skandal 1MDB 5 tahun lalu, kata seorang saksi kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Amhari Efendi Nazaruddin yang merupakan bekas pegawai khas Najib Razak, berkata Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low akan menyediakan jawapan sendiri untuk membalas laporan media.

“Beliau turut akan mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit Najib ketika itu, Azlin Alias, untuk melakukan kawalan kerosakan atau tindakan susulan bagi meredakan isu 1MDB,” katanya ketika diperiksa balas Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib.

Amhari, saksi pendakwaan ke-8, berkata penyelewengan dana daripada sayap pelaburan kerajaan itu hangat dibincangkan dalam media antara hujung 2014 hingga awal 2015.

“Ketika itu, isu 1MDB sering disiarkan Sarawak Report, Wall Street Journal dan The Malaysian Insider, serta Jho Low perlu campur tangan.”

Media ketika itu melaporkan berjuta ringgit yang dipercayai dari 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

Najib berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan penyalahgunaan kuasa membabitkan dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBank beliau.

Beliau didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapat rasuah RM2.28 bilion pada Februari 2011 hingga Disember 2014.

Ahli Parlimen Pekan itu turut dikatakan memindahkan RM2.28 bilion dana haram ke akaun banknya dan kemudian menggunakan wang itu.

Amhari berkata, Pejabat Perdana Menteri (PMO) bimbang dengan pendedahan berterusan media tempatan dan asing, serta mengejutkan beliau dan Azlin.

“Ketika itu, Jho Low turut akan menghantar nota kepada saya dan Azlin untuk memaklumkan kakitangan PMO yang ia adalah kerja pembangkang dan mereka yang mahu melihat Najib jatuh.”

Katanya, selepas Najib terbabit dalam isu 1MDB, Azlin terpaksa bekerja keras untuk melindungi imej majikannya kerana itu sebahagian tugasnya.

Beliau berkata, Jho Low menjadi pakar manipulasi penjawat awam, termasuk mereka yang berkhidmat di luar negara dan Najib tahu mengenainya.

“Saya kini boleh kata saya juga dipergunakan Jho Low untuk motif tidak jujur,” katanya sambil menambah beliau dan Azlin hanya sedar selepas skandal 1MDB didedahkan media.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

1 comment:

  1. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.