Header

Petisyen siaran langsung kes Najib hampir 35,000 tandatangan



SHAH ALAM - Satu petisyen dalam talian yang dilancarkan sembilan bulan lalu mendesak perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disiarkan secara langsung telah meraih 34,901 tandatangan setakat jam 9 malam tadi.

Antara yang mendesak perbicaraan Najib disiarkan secara langsung adalah aktivis, Fahmi Reza, salah seorang pengkritik ahli Parlimen Pekan itu yang turut dikenali dengan lukisan Najib menyerupai badut.

Penganjur berharap, petisyen atas talian di ‘Change.org’ itu dapat mengumpul 35,000 tandatangan dalam masa terdekat selepas berjaya mendapat 30,000 tandatangan, empat bulan lepas.

Najib sebelum ini didakwa melakukan pengubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Tidak banyak maklumat diperolehi dalam kes tersebut sehinggakan petisyen yang mahukan siaran langsung untuk kes berkenaan diwujudkan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengikuti perkembangannya.

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.